Sejarah Daerah Kerian

Dalam lingkungan tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal (wakang) menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "KIRIAN" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "KIRIAN" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "KIRIAN" telah dipilih dan diubah kepada "KERIAN". Daerah Kerian terletak di utara negeri Perak yang mana daerah ini bersempadanan dengan Negeri Pulau Pinang (Sempadan daerah Seberang Perai Selatan) dan negeri Kedah daerah Bandar Baharu. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama. dan di barat daerah ini adalah Selat Melaka. Keunikan daerah ini ialah kerana terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan ketiga - tiga negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perak. Hulu Sungai Kerian terletak di Selama, manakala Kuala Sungai Kerian terletak di Kampung Acheh, Daerah Seberang Perai Selatan. Untuk sampai ke daerah Kerian, pengunjung perlu mengambil keluar dari Plaza Tol Taiping Utara (untuk pergi ke Gunong Semanggol dan Kuala Selinsing) atau Plaza Tol Bandar Baharu (untuk pergi ke Bandar Parit Buntar atau Bandar Bagan Serai). Muka bumi Daerah Kerian berhampiran dengan Selat Melaka. Daerah ini mempunyai pantai sepanjang kira-kira 32 km. Keluasan Daerah ini lebih kurang 918.83 km persegi. Pada keseluruhannya, keadaan tanah dalam Daerah ini adalah rata dan bergambut di kawasan berhampiran pantai . Ketinggian kawasan ini kurang dari 50 meter dari aras laut. Sementara kawasan berbukit-bukit di mukim Gunong Semanggol dan Beriah. Ketinggian Gunung Semanggol lebih kurang 150 m dari atas laut. Terdapat 2 sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kurau, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Bagan Tiang, Kampung Gula asalnya kawasan paya. Tetapi kini telah ditebusguna untuk penanaman padi dan kawasan petempatan. Pentadbiran daerah Daerah Kerian terbahagi kepada lapan (8) buah mukim iaitu Mukim Parit Buntar, Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Bagan Serai, Beriah, Gunong Semanggol dan Selinsing, tetapi ianya terletak di bawah tujuh (7) pentadbiran Penghulu Mukim dan 90 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diamanah dan bertanggungjawab untuk mentadbir 246 unit kampung. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Parit Buntar. Bandar-bandar utama lain ialah Bandar Bagan Serai, Pekan Gunung Semanggol dan Pekan Kuala Kurau. Ekonomi Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu. Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau. Penduduk Kepadatan penduduk Daerah Kerian dan kawasan yang menjadi tumpuan ialah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar pertumbuhan penduduk Daerah Kerian ialah 1.4% setahun. Daerah ini terkenal dengan petempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar di sekitar Bagan Serai, Gunung Semanggol dan Alor Pongsu yang mempunyai keunikan budaya dan amalan hidup. Keluasan Daerah Kerian : 918.83 km2. Keluasan Kawasan Majlis : 163.66 km2. Keluasan Kawasan Operasi : 124.90 km2.

Friday, February 26, 2010

Kenyataan Akhbar


Kenyataan menyusul selepas kenyataan Di bawah di keluarkan















kenyataannya di akhbar SINAR bertarikh 25/2/2010 pada halaman 4

Friday, February 5, 2010

Pusat Kegiatan Rakan Muda Bagan Serai (Pusat Siber)

Kini anda boleh menggunakan perkhidmatan melayari internet (mencari maklumat), menaip di Pusat Siber Rakan Muda Bagan Serai... ianya PERCUMA...!!! komputer terhad kepada 10 buah sahaja...!!! datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi pusat siber ini... perkhidmatan lain juga di sediakan seperti mencetak (Print), mengimbas (Scanning), Liminating, Copy CD/DVD, Upah menaip dan banyak lagi dengan BAYARAN YANG MINIMA...!!! kami juga sedia membantu bagi pengguna yang kurang berkemahiran menggunakan komputer...!!!

LARANGAN di Pusat Siber adalah merokok & melayari laman porno dan yang berunsur hasutan, perkauman dan negatif, membawa senjata, makan dan minuman dari luar... HARAP MAKLUM...

JAGALAH KEBERSIHAN PUSAT SIBER KITA...

p/s : Penyelia Pusat Siber Bagan Serai

Kunjungi kami di alamat ini :
PUSAT KEGIATAN RAKAN MUDA BAGAN SERAI, No. A-10, Bangunan Arked Mara, 34300 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan