Saturday, April 24, 2010
Sejarah KRM Bagan Serai
Kelab ini ditubuhkan pada akhir tahun 2006 dengan nama Kelab Rakan Muda Parlimen Bagan Serai. Lokasi Pejabat Kelab Rakan Muda Bagan Serai adalah di Pusat Bandar Bagan Serai ianya bersebelahan dengan Pejabat Majlis Belia Daerah Kerian (MBD Kerian). Kelab ini telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada 10 Mac 2008. Mesyuarat Agong Pertama KRM Bagan Serai adalah pada 15 Mac 2009. Kelab ini mula beroperasi dengan lancar pada tahun 2008 dengan membantu Pejabat Belia & Sukan Daerah Kerian dan Penggerak Rakan Muda Bagan Serai menjalankan program-program Rakan Muda di daerah Kerian. Pada tahun 2009 penamaan semula Kelab Rakan Muda Parlimen Bagan Serai kepada Kelab Rakan Muda Bagan Serai dilakukan. dan akhir tahun 2009 Pembinaan Pusat Siber (Pusat Kegiatan Rakan Muda Bagan Serai) dimulakan. Pada awal tahun 2010 ini Pusat Siber Bagan Serai (Pusat Kegiatan Rakan Muda Bagan Serai) telah mula Beroperasi. Pada Tahun 2010 ini kelab Rakan Muda Bagan Serai akan menjalankan beberapa aktiviti berdasarkan minat dan kehendak remaja di kawasan Bagan Serai.
Falsafah Rakan Muda
Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti. Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan pembangunan belia komuniti. (Community Youth Development ).
Penekanan pendekatan pembangunan belia komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komunti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini akan membawa golongan remaja dalam arus pembangunan negara.
Teras gerakan ini melibatkan elemen perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang dilakukan oleh pengamal Gaya Hidup berkenaan, berdasarkan citarasa dan keperluan persekitaran komuniti tersebut. Di bawah teras ini, tumpuan utama pelaksanaan program adalah ke arah menjana keupayaan pengamal Gaya Hidup dengan melengkapkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan sikap.
Gaya Hidup Rakan Muda memberi penekanan kepada elemen pembangunan diri remaja, seperti patriotisme, kesukarelaan, berbudaya, pendidikan moral, pembangunan 3K dan selaras dengan pembentukan modal insan yang diberi penekanan oleh kepimpinan negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment